Semuanya bermula apabila berlakunya cinta pandang pertama pada awal pagi sebelum masuk ke kuliah di UMS, lebih kurang 2-3 tahun yg lepas. Aku nampak dia bersama dengan seorang mahasiswi. Masih aku ingat dia berpakaian serba oren, begitu juga dengan kau. Sejak itu aku selalu teringat-ingatkan kau. Apabila rindukan kau, aku akan 'search' gambar kau di internet dan tatap seberapa lama yg aku mahu.
Setelah setahun lebih memendam rasa, apabila tamat pengajian pada julai 2013, aku nekad untuk menjadikan kau sebahagian daripada hidup aku. Setelah berbincang dan memujuk kedua ibu bapa aku, mereka bersetuju dengan beberapa syarat. Aku terus bersetuju kerana perasaan aku pada kau sudah tidak dapat dibendung lagi. Akhirnya kau menjadi milik aku, Honda Wave Dash RSR Hitam Mutiara Magelanik.
Dash Kakashi ku beri nama. :DDDDDD

No comments:
Post a Comment