Assalamualaikum, Ni hao, Hello~
Sedar tak sedar tinggal sebulan je lagi nak balik semenanjung. Hari ni baru je lepas buat final presentation thesis. Kerja yang tinggal sebagai seorang mahasiswi sekarang adalah menyiapkan thesis yang sudah diperbetulkan serta printout hardcopy serta buat hardcover thesis.
Bulan november nanti insyaallah akan menghadir majlis konvokesyen dan akan bergraduasi. Dah nak habis rupanya belajar 4 tahun dekat negeri di bawah bayu ni. Siapa kata belajar kat sabah tak best? Bestlah! kekeke...tapi biasalah pergi ke mana-mana pun kenalah biasakan diri dengan tempat orang dan kena lebih berhati-hati. Jangan terkena culture shock sudahlah. Yang penting kena sesuaikan diri dan pandai cari kawan.
Kalau kawan tu baik, kita ikutlah dia, kalau kawan tu kurang baik, tariklah dia bersama-sama ke arah yang lebih baik. Bila lepas alam persekolahan ni, macam-macam orang kita jumpa. Dekat universiti ni pelbagai kaum dan bangsa ada, bermacam-macam jenis ragam orang ada. Lepas ni masuk alam pekerjaan pulak..huhu..harap-harap semuanya berjalan dengan lancar.
Hah..nak cer pengalaman menanti dan present viva thesis. Meme 2-3 hari ni sibuk betulkan slide, praktis present, ulang kaji, makan dan minum serta tidur tu tak lupalah..ehe..cis.
Kebetulan pula, tarikh keramat 24 Jun 2013 ni bersamaan pulak dengan nisfu syaaban iaitu pertengahan bulan syaaban. Jadi, telah berniat berpuasa pada hari tersebut. Tepat jam 3.40 am bangun dari tidur dengan niat untuk bersahur dan mengulangkaji (sebab malam tu ngantok tahap dewa pada pukul 11.30 pm). Sahur minum oat drinks dengan meratah sambal udang dalam tin (jangan tiru aksi ini). Lepas tu, bacalah lah jurnal sekejap dan praktis present segala. Lebih kurang pukul 7, gosok tudung untuk dipakai bersama dengan baju kurung...cis..haha. Tunggu kawan kat bawah blok, terjumpalah kucing tgh main ngan bangkai tikus...cis.
15 minit sebelum waktu presentation, masuk bilik kuliah, untuk letak slide dalam desktop. Lepas tolong kawan buka LCD dekat bilik seminar sebelah, saya pun masuklah balik ke bilik kuliah dan mendapati prof hjh maryam berada di dalam.
"Prof examiner saya ke?"
"Nanti kejap saya check balik, Nabilah Muhmmad Rashid? Aa..Betullah tu,"
Dalam hati ni rasa legalah sikit sebab setahu saya prof ni memang baik orangnya. Kemudian examiner lagi satu, Miss Leoneeta Rozwen pula masuk. Miss leo ni lecturer baru dan dia mengajar pelajar food service. Rasanya tiada masalah. Memang tiada masalah! Alhamdulillah. Soalan yang diutarakan pun alhamdulillah boleh dijawab. Masih mampu tersenyum.
Prof maryam melihat produk saya sebagai produk yang sangat interesting. Dia ada menyuruh saya untuk mencari partner pengusaha keropok lekor untuk memasarkan pembangunan produk yang telah saya hasilkan. Insyaallah jika ada rezeki, semua tu memang boleh jadi kenyataan.
P/S: Nak seribu daya, taknak seribu dalih. Usaha tangga kejayaan.



No comments:
Post a Comment